Thursday, July 01, 2010

Hilang Berkat

Kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukanlah terletak kepada nilai harta yang mereka nikmati. kebahagiaan sebenar adalah terletak kepada kekayaan hati. kekayaan hati bergantung kepada nilai ketaqwaan seseorang. Nilai ketaqwaan bergantung kepada nilai iman dan nilai ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT.Namun begitu ada pasangan yang merasakan kemuflisan hati dari ketenangan meskipun mereka beriman serta melakukan amal ibadah seperti yang di sarankan.

dalam hal ini, ingin saya nyatakan bahawa ramai dikalangan pasangan yang sering melupakan kuasa barakah. rumahtangga yang dilimpahi harta dan Diri yang diselimuti pangkat, namun jiwa seringkali terasa kosong serta tandus. Mengapa terjadi? Cuba periksa punca barakah didalam sesebuah rumahtangga.

apakah isteri telah meletakkan kedudukan suami ditempatnya? atau mungkin ada berlaku rampasan kuasa tanpa disedari. apakah isteri sering menggembirakan hati suami atau

Monday, May 10, 2010

Hargailah Pengorbanan Pasangan

setiap kali berlakunya pergeseran antara suami isteri maka segala keburukan akan diluahkan. seolah-olang, sepanjang perkahwinan mereka, tidak ada satu jasapun dicurahkan oleh pasangan mereka. Ketika itu hati merasakan bahawa pasangannya itulah makhluk yang paling jahat dan hina dimuka dunia ini. rasa jijik, benci, marah, meluat, geram segalanya bercampur aduk.

aduh... benarkah begitu.

Sunday, December 21, 2008

Siapapun Kita

Setiap orang pasti ada sikap egonya. apa yang membezakan adalah tahap keegoan seseorang. Ada manusia yang tinggi sikap egonya sehinggakan mereka lupa asal usul mereka. Mereka lupa bahawa siapapun mereka, mereka adalah dari keturunan yang satu.... Manusia. Betapapun hebat mereka rasakan tentang diri mereka, mereka tetap mengeluarkan najis yang busuk, air kencing yang hancing , kentut yang busuk sama seperti manusia yang lain.

Wednesday, December 03, 2008

Hormat Menghormati

Lelaki lebih kuat (Lebih berkuasa) daripada (berbanding) wanita dengan kelebihan yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Itulah maksud firman Allah yang seolah-olah telah dilenyapkan oleh kebanyakan kaum wanita. Entah apa silapnya , kebanyakan kaum wanita sudah mengambil tempat yang sepatutnya diduduki oleh kaum lelaki. Lelaki kebanyakan seperti dicucuk hidung. rasa hormat yang sepatutnya ada dalam diri wanita seolah-olah sudah tidak ada. maruah kaum lelaki dipijak-pijak. Suami sendiri di hina, dituduh macam-macam, semuanya mampu menyebabkan hati keras seorang lelaki hancur luluh.
Di tegur terus melenting. Di nasihati cara baik, lain pula jadinya. Alih-alih lelaki juga yang dipersalahkan.
Wahai wanita, Ingatlah Syurga itu di bawah tapak kaki suami. Bukan beerti wanita hamba. Bukan beerti terpaksa melutut kepada kaum lelaki.
ramai para suami merasa tertekan dengan keadaan ini. Ramai yang terpaksa menanggung derita. Menangis tanpa berair mata. Rumah tangga terpaksa dijaga. Dipertahankan demi anak-anak. demi maruah yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. namun disebalik tabir, segalanya ini adalah lakunan.
Mengapa tidak boleh hormatkan suami. mengapa tidak boleh mendengar dahulu pendapat mereka kemudian kemukakan pendapat \sendiri. Mengapa mahu menjadi ahli nujum, membaca fikiran suami dalam bentuk negatif lantas terus menuduh tanpa usul periksa. Mengapa terlalu merendahkan kemampuan suami? apakah suami itu hamba? Apakah adanya perbezaan darjat semasa kalian kahwin dahulu? Meskipun kalian dari keturunan bangsawan, keturunan diraja, anak menteri dan pasangan pula orang biasa, namun kedudukan mereka tetap sebagai pemimpin.
jagalah rasa hormat pada pasangan insya Allah keberkatan akan dilimpahkan oleh Allah dalam keluarga kita. Amin

Sunday, March 23, 2008

Hikmah bagi Yang Bersabar

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
bertemu kita dalam ruangan keluhan hati suami ini, semoga segala isi kandungan ang dipaparkan dapat membantu kita untuk menjadi suami mithali.

Sudah agak lama saya menulis dalam ruangan ini. Keterbatasan waktu dan masa yang ada tidak berapa sesuai menyebabkan hasrat untuk menulis selalu terbantut. Walaubagaimanapun ada beberapa kisah terbaru yang saya ingin kongsikan bersama para pembaca semua.

saya suka untuk menyingkap kembali sebuah kisah yang berlaku dizaman Saidina Umar RA. pada suatu hari ada seorang lelaki yang tidak tahan dengan sikap isterinya yang selalu berleter dan panas baran telah pergi ke rumah Saidina Umar RA untuk mengadu tentang masalah yang dihadapinya itu. Sebaik tiba di rumah Saidina Umar RA beliau terdengar suara letgeran isteri Saidina Umar terhadap diri Khalifah agung itu. pada masa itu terlintas dalam fikirannya bagaimana seorang khalifah agung yang dihormati oleh orang ramai mampu bersabar diatas apa yang berlaku pada dirinya ma ka iapun terus berlalu tanpa meneruskan hasratnya itu...

saudara sekelian... Dalam kehidupan rumahtangga, kita hendaklah selalu bersabar. Atas kesabarab kita pasti kita akan menemui satu hikmah yang akan mengingatkan kita betapa agungnya Allah dan betapa adilnya Allah terhadap makhluknya.

yang penting... perlu diingat , yang keras akan kalah dengan kelembutan, yang panas akan kalah denan kesejukan. Kalau isteri baran jangan kita juga berkap garang. begitulah sebaliknya..

Hingga bertemu lagi untuk masa akan datang... Sekaian

Thursday, February 14, 2008

Jagalah Kelopak Cinta

Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi keizinannya untuk kita bertemu kembali dalam ruangan ini. Sudah agak lama saya tidak menulis disebabkan ada tugasan lain yang terpaksa disiapkan dan memerlukan penumpuan yang sepenuhnya. Walaubagaimanapun terdapat banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Mudah mudahan semoga kisah yang akan saya paparkan ini boleh menjadi panduan kepada setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan berkekalan dalam kehidupan rumahtangga mereka.
kisah yang saya ingin kongsikan bersama ini adalah merupakan kisah nyata yang mana semuanya berkait dengan kes yang saya kendalikan. Sebenarnya saya telah ditukarkan ketempat baru. pertukaran biasa dan bukannya disebabkan naik pangkat. Apapun saya bersyukur. Dimana saja saya ditukarkan, saya tetap akan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin.
apa yang menariknya, dalam tempoh dua bulan saya berada ditempat baru, terdapat tiga kes tuntutan fasakh telah dikemukakan. bagi saya ini sesuatu yang amat mengejutkan dan memerlukan perhatian, penelitian dan kajian mendalam terhadap fenomena yang berlaku ini.

Kebanyakan kes tuntutan fasakh adalah disebabkan ketidakpuasan hati isteri terhadap pasangannya. Dari penelitian yang saya lakukan kebanyakan pasangan ini berkahwin atas dasar suka sama suka. namun setelah berlalu tempoh tiga ke 10 tahun , terdapat satu perasaan yang boleh saya istilahkan sebagai "meluat" kepada pasangan. Dari penerokaan yang dtelah saya lakukan, saya berpendapat bahawa pasangan yang terlibat kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka telah mencabut Kelopak-Kelopak Cinta yang sepatutnya mereka jaga dan pertahankan......

Insya Allah saya akan kembali lagi

Thursday, October 12, 2006

Mulut Celupar

Bagaimana rasanya jika anda mempunya seorang isteri yang cantik dan menjadi rebutan ramai orang. Tentu seronokkan? Apa tidaknya, kecantikan merupakan satu nikmat yang amat didambakan oleh setiap wanita dan menjadi perhatian setiap lelaki. sayangnya kebanyakan wanita dan gadis hanya mementingkan kecantikan luaran semata-mata. Kali ini saya ingin membicarakan soal kecantikan tutur bicara.

Cuba bayangkan bagaimana jika kita bertemu seorang wanita yang berwajah sangat cantik. Berketerampilan luaran yang amat kemas dan sedap mata memandang. Kita berbicara dengannya, begitu sopan namun disebalik ketakjuban kita pada kecantikan wajah dan penampilannya, kita dikejutkan dengan tengkingan dan maki seranah yang keluar dari mulut wanita ini. Pastinya segala kegaguman kita akan berkecai bak gelas terhempas kebatu. Ini apa yang saya alami.

Saya bertemu dengan seorang wanita yang bagi saya amat cantik sekali namun disebalik kecantikan wajahnya tersimpan satu sikap yang amat buruk. Mulut Celupar. Alangkah terkejutnya saya bila mendengar leterannya kepada dua orang anaknya yang masih kecil. Seorang berumur enam tahun dan seorang lagi berumur 9 tahun. Maki hamunnya begitu dahsyat. Perkataan mampus kau! Anak babi, Orang darat, Aku dah nak mampus bekerja... dan berbagailagi perkataan yang tak sanggup didengar oleh telingar terhambur bagai bertih panas dari mulut wanita ini. Anak kecil yang di panggil anak babi itu hanya membisu dan menunjukkan muka yang amat takut. Terkedu saya seketika.

Saya terfikir kalau anak itu anak babi... Siapa pula ibu babinya????
saya dapat tahu suami wanita itu amat tertekan dengan sikap panas baran isterinya. kadangkala suaminya terpaksa berdiam diri bak seorang dayus lantaran tidak mahu memanjangkan cerita. Mengikut ceritanya, mereka kerap kali bertengkar akibat dari teguran sang suami yang cuba mengubah perangai isterinya itu. Di depan mata saya, saya melihat betapa anak-anak mereeka mengalami trauma akibat sikap ibunya. Anak perempuannya kelihatan agak takut-takut dan hilang keyakinan diri. Anak lelakinya sudah mula menunjukkan pemberontakan. Entah apa yang berlaku bila kedua orang anak itu meningkat dewasa.

Tidakkah sang isteri itu pernah mendengar hadis Rasulullah yang bermaksud " Sesiapa yang tidak ada sifat mengasihani nescaya ia tidak akan dikasihi"

bagi sang isteri itu... saya ingin berpesan, jangan terkejut jikalau satu masa nanti anak-anak anda akan menengking anda dan membuang anda. Jangan terkejut jika satu masa nanti suami anda akan mencari pasangan lain. jangan terkejut jika suatu masa nanti anda akan keseorangan. Dan jangan terkejut jika suatu masa nanti orang ramai akan menjauhi anda. Ingatlah... Kecantikan luaran semata-mata tidak akan kekal. Kecantikan luaran semata-mata tidak mampu menambat hati suami anda untuk terus setia kepada anda. Ingatlah... suatu masa nanti suami anda akan meluat denagn sikap panas baran anda serta mulut celupar anda intu. Cuba cerminkan diri anda. Berusahalah untuk menurunkan ego anda itu. Jika anda merasa diri anda begitu mulia dan amat perfect ingtlah orang lain ada yang lebih mulia daripada anda. jangan kita bongkak didunia ini dan jangan kita doakan keburukan untuk zuriat yang kita lahirkan itu dengan maki hamun dan sumpah seranah. Ingatlah... Kata-kata ibu itu adalah satu doa.