Sunday, July 09, 2006

XXXX???

Aku terima e mail dari seorang rakanku. panjang lebar ceritanya. Semuanya berkaitan dengan kekecewaan yang dihadapinya dalam menempuh alam rumah tangga.

Katanya " kawan, sekarang ni kalau nak tidur dengan perempuan haram lebih mudah dari nak tidur dengan bini. Dengan isteri sendiri banyak sekali alasannya. Letihlah. Tak ada mood le. masa tak sesuai le dan bermacam-macam lagi. Kalau dapat pun, di paksanya kita cepat-cepat. Macam le kita ni robot yang tak ada perasaan. Kita, kaum suamipun nak juga di belai, dimanja.... Aku tak heran la kalau ramai di kalangan suami yang makan luar. Ya la. kalau begini sekali layannan para isteri..."

Aku nak komen? Rasanya tak ada modal lagi. Tapi aku nak le juga nasihat kepada para isteri.
Kalian berkahwin dengan manusia. manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Manusia yang mempunyai akal. Ego setinggi manapun kaum lelaki akan tersungkur juga dek kelembutan dan toleransi kaum wanita.

Aku teringat sebuah hadis Rasulullah SAW " Sebaik-baik isteri ialah mereka yang mana jika kamu melihat kepada mereka, ia akan menggembirakan hati kamu dan jika kamu meninggalkan mereka, mereka akan menjaga hartakamu/ rumahtangga dan kehormatan mereka "


Banyak masalah timbul akibat lemahnya komunikasi diantara pasangan suami isteri. Antara keduanya sentiasa mahu agar pasangan memahami diri mereka masiong-masing tanpa mereka cuba memahami diri pasangan mereka. Mereka lupa bahawa pasangan mereka adalah manusia yang berlainan jantina. Mereka sudah tidak menghiraukan hati nurani pasangan mereka setelah mereka mampu memiliki pasangan yang diimpikannya itu. Kalau sewbelum dapat mereka akan berusaha dan berkorban semata-mata untuk memiliki hati pasangan mereka namun apabila berjaya mereka lupa bahawa mereka tetap kena jaga dan pelihara agar ianya tidak terlepas. Itulah serba sedikit panorama kehidupan dunia masa kini.

Thursday, July 06, 2006

Cinta

Apa Ertinya Cinta dan dari Mana Datannya Cinta?
kata orang, dari mana rasanya cinta .. Dari mata turun ke hati. Eii Betul ke.
kalau macam tu sekali lihatpun boleh cinta ke?
Ni saya nak ajak berbincang le, sebelum saya meneruskan pengisian artikel dan pengalaman mengenai Cinta dan kisah Desperate Husband. jangan ingat House wife sahaja yang Desperate... suamipun sama sahaja. nak tahu mengapa dan bagaimana boleh jadi... nanti saya kan ceritakan. Cerita ini semua berdasarkan pengalaman hidup saya serta pengalaman saya menyelesaikan beratus-ratus masalah rumah tangga.
Kembali kepada soal dari mana datangnya cinta itu tadi. kalau kita kata dari mata semata mata , saya rasa tidak juga kerana ramai orang yang cacat penglihatan sedang dilamun cinta. Cinta SMS, cinta internet.. semuanya tidak datang melalui mata. Betul tak.
saya masih teringat sebuah kisah. Kisah ni benar-benar berlaku. tak bohong punya. suatu hari ada seorang staf datang mengemukakan permohonan kahwin. bila saya semak borang permohonanya semuanya okey. Namun bila saya tengok gambar... saya terpaku sekejap. Dalam hati saya berkata .. maha suci engkau tuhan yang menjadikan setiap sesuatu berpasangan....
Saya tanya pemuda itu... Adakah kamu ingin kahwin atas pilihan sendiri? Jawabnya " Ya tuan.. aku Cinta sama dia. Aku rasa inilah pilihanku yang tepat, tuan!" Saya beretanya lagi beberapa soalan dan setelah saya berpuas hati maka sayapun meluluskan permohonan kahwinnya itu. Tidak beberapa bulan kemudian , seingat saya hampir lima bulan, pemuda itu datang balik. Kali ini untuk membuat aduan. Bila saya soal selidik apa yang berlaku , ia menjawab " Tuan.. Aku sebenarnya sangat benci sama bini aku. sudahlah gemuk, pemalas, makan minum aku dia tak peduli, akupun di makinya, tuan!"
aku mampu tersenyum sahaja. seterusnya aku lakukan prosedur yang sepatutnya. Selepas itu aku termenung sendiri. Masa mabuk cinta segalanya indah bila sudah benci segala yang indah itu jadi begitu buruk sekali... Itulah dunia