Thursday, October 12, 2006

Mulut Celupar

Bagaimana rasanya jika anda mempunya seorang isteri yang cantik dan menjadi rebutan ramai orang. Tentu seronokkan? Apa tidaknya, kecantikan merupakan satu nikmat yang amat didambakan oleh setiap wanita dan menjadi perhatian setiap lelaki. sayangnya kebanyakan wanita dan gadis hanya mementingkan kecantikan luaran semata-mata. Kali ini saya ingin membicarakan soal kecantikan tutur bicara.

Cuba bayangkan bagaimana jika kita bertemu seorang wanita yang berwajah sangat cantik. Berketerampilan luaran yang amat kemas dan sedap mata memandang. Kita berbicara dengannya, begitu sopan namun disebalik ketakjuban kita pada kecantikan wajah dan penampilannya, kita dikejutkan dengan tengkingan dan maki seranah yang keluar dari mulut wanita ini. Pastinya segala kegaguman kita akan berkecai bak gelas terhempas kebatu. Ini apa yang saya alami.

Saya bertemu dengan seorang wanita yang bagi saya amat cantik sekali namun disebalik kecantikan wajahnya tersimpan satu sikap yang amat buruk. Mulut Celupar. Alangkah terkejutnya saya bila mendengar leterannya kepada dua orang anaknya yang masih kecil. Seorang berumur enam tahun dan seorang lagi berumur 9 tahun. Maki hamunnya begitu dahsyat. Perkataan mampus kau! Anak babi, Orang darat, Aku dah nak mampus bekerja... dan berbagailagi perkataan yang tak sanggup didengar oleh telingar terhambur bagai bertih panas dari mulut wanita ini. Anak kecil yang di panggil anak babi itu hanya membisu dan menunjukkan muka yang amat takut. Terkedu saya seketika.

Saya terfikir kalau anak itu anak babi... Siapa pula ibu babinya????
saya dapat tahu suami wanita itu amat tertekan dengan sikap panas baran isterinya. kadangkala suaminya terpaksa berdiam diri bak seorang dayus lantaran tidak mahu memanjangkan cerita. Mengikut ceritanya, mereka kerap kali bertengkar akibat dari teguran sang suami yang cuba mengubah perangai isterinya itu. Di depan mata saya, saya melihat betapa anak-anak mereeka mengalami trauma akibat sikap ibunya. Anak perempuannya kelihatan agak takut-takut dan hilang keyakinan diri. Anak lelakinya sudah mula menunjukkan pemberontakan. Entah apa yang berlaku bila kedua orang anak itu meningkat dewasa.

Tidakkah sang isteri itu pernah mendengar hadis Rasulullah yang bermaksud " Sesiapa yang tidak ada sifat mengasihani nescaya ia tidak akan dikasihi"

bagi sang isteri itu... saya ingin berpesan, jangan terkejut jikalau satu masa nanti anak-anak anda akan menengking anda dan membuang anda. Jangan terkejut jika satu masa nanti suami anda akan mencari pasangan lain. jangan terkejut jika suatu masa nanti anda akan keseorangan. Dan jangan terkejut jika suatu masa nanti orang ramai akan menjauhi anda. Ingatlah... Kecantikan luaran semata-mata tidak akan kekal. Kecantikan luaran semata-mata tidak mampu menambat hati suami anda untuk terus setia kepada anda. Ingatlah... suatu masa nanti suami anda akan meluat denagn sikap panas baran anda serta mulut celupar anda intu. Cuba cerminkan diri anda. Berusahalah untuk menurunkan ego anda itu. Jika anda merasa diri anda begitu mulia dan amat perfect ingtlah orang lain ada yang lebih mulia daripada anda. jangan kita bongkak didunia ini dan jangan kita doakan keburukan untuk zuriat yang kita lahirkan itu dengan maki hamun dan sumpah seranah. Ingatlah... Kata-kata ibu itu adalah satu doa.