Sunday, December 21, 2008

Siapapun Kita

Setiap orang pasti ada sikap egonya. apa yang membezakan adalah tahap keegoan seseorang. Ada manusia yang tinggi sikap egonya sehinggakan mereka lupa asal usul mereka. Mereka lupa bahawa siapapun mereka, mereka adalah dari keturunan yang satu.... Manusia. Betapapun hebat mereka rasakan tentang diri mereka, mereka tetap mengeluarkan najis yang busuk, air kencing yang hancing , kentut yang busuk sama seperti manusia yang lain.

Wednesday, December 03, 2008

Hormat Menghormati

Lelaki lebih kuat (Lebih berkuasa) daripada (berbanding) wanita dengan kelebihan yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Itulah maksud firman Allah yang seolah-olah telah dilenyapkan oleh kebanyakan kaum wanita. Entah apa silapnya , kebanyakan kaum wanita sudah mengambil tempat yang sepatutnya diduduki oleh kaum lelaki. Lelaki kebanyakan seperti dicucuk hidung. rasa hormat yang sepatutnya ada dalam diri wanita seolah-olah sudah tidak ada. maruah kaum lelaki dipijak-pijak. Suami sendiri di hina, dituduh macam-macam, semuanya mampu menyebabkan hati keras seorang lelaki hancur luluh.
Di tegur terus melenting. Di nasihati cara baik, lain pula jadinya. Alih-alih lelaki juga yang dipersalahkan.
Wahai wanita, Ingatlah Syurga itu di bawah tapak kaki suami. Bukan beerti wanita hamba. Bukan beerti terpaksa melutut kepada kaum lelaki.
ramai para suami merasa tertekan dengan keadaan ini. Ramai yang terpaksa menanggung derita. Menangis tanpa berair mata. Rumah tangga terpaksa dijaga. Dipertahankan demi anak-anak. demi maruah yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. namun disebalik tabir, segalanya ini adalah lakunan.
Mengapa tidak boleh hormatkan suami. mengapa tidak boleh mendengar dahulu pendapat mereka kemudian kemukakan pendapat \sendiri. Mengapa mahu menjadi ahli nujum, membaca fikiran suami dalam bentuk negatif lantas terus menuduh tanpa usul periksa. Mengapa terlalu merendahkan kemampuan suami? apakah suami itu hamba? Apakah adanya perbezaan darjat semasa kalian kahwin dahulu? Meskipun kalian dari keturunan bangsawan, keturunan diraja, anak menteri dan pasangan pula orang biasa, namun kedudukan mereka tetap sebagai pemimpin.
jagalah rasa hormat pada pasangan insya Allah keberkatan akan dilimpahkan oleh Allah dalam keluarga kita. Amin

Sunday, March 23, 2008

Hikmah bagi Yang Bersabar

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
bertemu kita dalam ruangan keluhan hati suami ini, semoga segala isi kandungan ang dipaparkan dapat membantu kita untuk menjadi suami mithali.

Sudah agak lama saya menulis dalam ruangan ini. Keterbatasan waktu dan masa yang ada tidak berapa sesuai menyebabkan hasrat untuk menulis selalu terbantut. Walaubagaimanapun ada beberapa kisah terbaru yang saya ingin kongsikan bersama para pembaca semua.

saya suka untuk menyingkap kembali sebuah kisah yang berlaku dizaman Saidina Umar RA. pada suatu hari ada seorang lelaki yang tidak tahan dengan sikap isterinya yang selalu berleter dan panas baran telah pergi ke rumah Saidina Umar RA untuk mengadu tentang masalah yang dihadapinya itu. Sebaik tiba di rumah Saidina Umar RA beliau terdengar suara letgeran isteri Saidina Umar terhadap diri Khalifah agung itu. pada masa itu terlintas dalam fikirannya bagaimana seorang khalifah agung yang dihormati oleh orang ramai mampu bersabar diatas apa yang berlaku pada dirinya ma ka iapun terus berlalu tanpa meneruskan hasratnya itu...

saudara sekelian... Dalam kehidupan rumahtangga, kita hendaklah selalu bersabar. Atas kesabarab kita pasti kita akan menemui satu hikmah yang akan mengingatkan kita betapa agungnya Allah dan betapa adilnya Allah terhadap makhluknya.

yang penting... perlu diingat , yang keras akan kalah dengan kelembutan, yang panas akan kalah denan kesejukan. Kalau isteri baran jangan kita juga berkap garang. begitulah sebaliknya..

Hingga bertemu lagi untuk masa akan datang... Sekaian

Thursday, February 14, 2008

Jagalah Kelopak Cinta

Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi keizinannya untuk kita bertemu kembali dalam ruangan ini. Sudah agak lama saya tidak menulis disebabkan ada tugasan lain yang terpaksa disiapkan dan memerlukan penumpuan yang sepenuhnya. Walaubagaimanapun terdapat banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Mudah mudahan semoga kisah yang akan saya paparkan ini boleh menjadi panduan kepada setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan berkekalan dalam kehidupan rumahtangga mereka.
kisah yang saya ingin kongsikan bersama ini adalah merupakan kisah nyata yang mana semuanya berkait dengan kes yang saya kendalikan. Sebenarnya saya telah ditukarkan ketempat baru. pertukaran biasa dan bukannya disebabkan naik pangkat. Apapun saya bersyukur. Dimana saja saya ditukarkan, saya tetap akan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin.
apa yang menariknya, dalam tempoh dua bulan saya berada ditempat baru, terdapat tiga kes tuntutan fasakh telah dikemukakan. bagi saya ini sesuatu yang amat mengejutkan dan memerlukan perhatian, penelitian dan kajian mendalam terhadap fenomena yang berlaku ini.

Kebanyakan kes tuntutan fasakh adalah disebabkan ketidakpuasan hati isteri terhadap pasangannya. Dari penelitian yang saya lakukan kebanyakan pasangan ini berkahwin atas dasar suka sama suka. namun setelah berlalu tempoh tiga ke 10 tahun , terdapat satu perasaan yang boleh saya istilahkan sebagai "meluat" kepada pasangan. Dari penerokaan yang dtelah saya lakukan, saya berpendapat bahawa pasangan yang terlibat kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka telah mencabut Kelopak-Kelopak Cinta yang sepatutnya mereka jaga dan pertahankan......

Insya Allah saya akan kembali lagi