Thursday, August 03, 2006

Kahwin Misyar
Antara menolong dan mengambil kesempatan.

Bila berbicara soal kahwin misyar terutama bagi golongan yang telah beristeri pastinya jawapan yang diterima menjurus kearah negatif. Saya pernah terlibat dengan diskusi berkaitan kahwin misyar. Saya cuba mengambil jalan tengah dengan tidak berpihak kepada mana-mana pihak samada menyokong atau menentang namun apa yang saya perhatikan kebanyakkan jawapan yang diberkan adalah kearah penentangan.

Saya tak salahkan golongan yang menentang atau dengan bahasa yang lebih lembut - menolak -. Ini salah sebahagian mereka yang mengambil kesempatan terhadap perkara ini. Bagi saya , Kahwin Misyar itu perlu dengan syarat-syarat yang tertentu. Antaranya
1. bakal suami itu hendaklah mereka yang berhasrat untuk menolong kaum wanita dan tidak untuk mencari kepentingan diri.
2. Bakal suami tidak mengharapkan duit atau harta benda daripada pihak isteri.
3. Perlu ada perjanjian bertulis diantara pasangan itu.
4. Perkahwinan itu hendaklah tidak mendatangkan mudharat terhadap kedua belah pihak
5. Beberapa syarat lagi mesti ditetapkan bagi menjaga kepentingan kedua belah pihak.

Sekiranya syarat-syarat itu dapat dilaksanakan, saya berpendapat bahawa kahwin misyar tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada kedua mereka. bahkan ianya dapat menolong kaum perempuan mencdari tempat berteduh.

Perkahwinan misyar bukan untuk seks semata-mata. Bahkan ada dikalangan mereka yang terlalu sibuk dengan urusan dan tidak menganggap seks itu perkara utama. Sebenarnya kita sepatutnya memahami persoalan feqah dengan sebaik-baiknya. Jikalau kita faham, pastinya banyak persoalan berkaitan dengan hukum dapat kita tangani dengan berpandukan wahyu bukannya berpandukan kepada pandangan kita semata mata.